Kawasan setinggan di Mumbai, India. foto Agensi

NEW DELHI – Lebih daripada separuh penduduk di tiga kawasan setinggan di Mumbai disahkan positif koronavirus, menurut satu kaji selidik.

Hanya 16% penduduk yang tinggal di luar kawasan setinggan dalam kawasan yang sama didapati terdedah kepada jangkitan.

Dapatan itu hasil dari ujian rawak membabitkan kira-kira 7,000 orang penduduk di tiga kawasan yang padat pada awal Julai ini.

Mumbai telah melaporkan lebih daripada 110,000 kes dan 6,187 kematian setakat semalam.

Tinjauan dilakukan oleh badan pemikir pemerintah Niti Aayog dan Tata Institute of Fundamental Research.

Katanya, 57% penduduk setinggan di Chembur, Matunga dan Dahisar telah terdedah dengan novel koronavirus.

Kira-kira 1.5 juta penduduk tinggal di kawasan barat, timur dan tengah bandar ini.

Virus ini telah tersebar lebih luas daripada yang dijangkakan di kawasan setinggan yang mana separuh daripada 12.5 juta penduduk menetap di sini. – MalaysiaGazette