Gabungan Perkatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa untuk mengadakan satu gagasan besar bersama.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat parti itu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut beliau, hasrat itu dinyatakan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen.

Katanya, hasrat Bersatu itu akan dibincangkan dengan Pas untuk diperhalusi.

“Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan Pas memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. syukur ukhuwah kalimah syahadah dperkemaskan, di eratkan simpulan tali Allah swt.syabas

  2. Berbincanglah elok2, demi kebaikan Islam Melayu & Bumiputra. Asal bukan DAP & KHADAMnya, LBGT, liberal, anti sunnah2 Nabi SAW, ramai yg menyokong…

  3. Salah sendiri.. kifarah …
    ingat rakyat bodoh! Orang2 di atas sana jgn ikut nafsu, ikut akal yang dah tua bangka tu kalau waras. Kata semua lulusan university,takkan nilai2 keTuhanan tak tau, tak takut! Ini zaman IT. Semua di hujung jari! Berdezuuppppppp jer. Itu sekali tekan, kalau berkali2? Pasti berdezup-dezap. Orang kampung kata alim-alim kucing atau sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Hebatnya orang kampung..menilai, memerhati,mentelaah perangai manusia…ingat baik sangat, pijak semut tak mati, rupanya indah khabar drp rupa!

  4. Alhamdulillah
    Istiqomah dan bergerak maju!!
    MUAFAKAT NASIONAL penyatu umat MELAYU pengikat perpaduan rakyat Malaysia!

    SAYA PENGUNDI MUAFAKAT NASIONAL!!

  5. Sebelum ini PPBM masih di luar MN. Hasrat mahu menyertai MN memang langkah terbaik betullah laluannya demi mengukuhkan lagi ikatannya. Barulah jalinan ikatan ini membentuk abadi demi ugama bangsa negara. Insyak Allah Alhamdulillah.

Comments are closed.