Mahkamah Tinggi di sini akan memberikan keputusannya hari ini mengenai siapakah Ketua Menteri Sabah yang sah antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Aman mempersoalkan kewajaran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini yang memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam pada sama bekas ketua menteri Sabah itu mempertikaikan keperluan untuk Mohd Shafie berbuat demikian bagi membuka laluan kepada pilihan raya di seluruh negeri ketika wabak Covid-19 masih lagi melanda.

Katanya, sebanyak 33 akuan bersumpah yang menyatakan sokongan kepadanya sudah diserahkan kepada Yang di-Pertua negeri, Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.

“Bagaimana DUN boleh dibubarkan sedangkan kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, adalah tidak wajar lebih-lebih lagi sekarang ini kita berdepan dengan wabak Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengumumkan DUN Sabah terbubar pagi ini selepas diperakukan oleh Juhar dalam pertemuan dengannya pagi tadi.

Dengan pengumuman itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat persediaan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

DUN Sabah bubar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Apa2 pun rakyat sabah harus lakukan apa yang wajar dalam pilihanraya negeri nanti. Buangkan ph dan mahzab2 ph ke dalam laut sulu.

  2. Ketua Menteri tidak ada kuasa membubarhan dun cuma boleb mencadangkan. tYT yanv mengumunkan. Pengumuman sapi bedal tidak sah.

Comments are closed.