Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menyokong penuh tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam satu kenyataan Majlis Presiden PH, usaha Mohd Shafie menentang cubaan jahat, tidak demokratik dan tidak bermoral untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan membeli wakil rakyat.

“PH menyatakan sokongan penuh bagi menewaskan cubaan lompat parti yang sangat cela ini – yang telah dicetuskan oleh anasir-anasir Perikatan Nasional dengan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan mengembalikan mandat kepada rakyat,” kata kenyataan yang sama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiuasaha DAP, Lim Guan Eng.

Menurut mereka, hanya rakyat yang mampu menewaskan rampasan kuasa jahat dilancarkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dengan sokongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PH mengecam sekeras-kerasnya politik khianat yang dilakukan Musa serta mendakwa ada tawaran RM32 juta seorang bersekali dengan tawaran jawatan Timbalan Ketua Menteri.

“Cubaan rampasan kuasa di tengah-tengah usaha negara membendung wabak Covid-19 adalah satu yang sangat tidak bertanggungjawab. Nampaknya kesihatan orang ramai bukan keutamaan berbanding usaha merebut pangkat dan kuasa,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru PH mahi rakyat Sabah menyokong Mohd Shafie dan menetapkan semula politik nasional yang berprinsip.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. P unah H arapan P akatan H ancing teruskan ciri2 MUNAFIKUN mereka…anwarun akan tuntut mp pkr sabah gantirugi

Comments are closed.