KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong penuh pengumuman pesiden partinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan parti itu tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya UMNO akan memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan Pas dan Komponen Barisan Nasional (BN).
Ketuanya, Zahida Zarik Khan berkata, pengumuman yang dibuat oleh Zahid itu bukanlah bermakna UMNO keluar daripada gabungan kerajaan hari ini.
“Pendirian politik ini selari dengan suara akar umbi yang mahukan MN terus diperkasa bagi menuju ke arah PRU 15 tak lama lagi.
“Sebarang penyertaan parti lain termasuk Bersatu ke Muafakat Nasional akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional UMNO-PAS,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap segala keputusan mestilah mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
Hari ini, Ahmad Zahid dalam satu sidang media memaklumkan, UMNO secara rasmi tidak menyertai gabungan PN dan akan terus memperkasakan kerjasama dengan MN.
Menurutnya, kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu. – MalaysiaGazette
Sokong 100% biar orang UMNO duduk di hutan
Laili….
SAYA AKAN UNDI MUAFAKAT NASIONAL!!
SAYA TOLAK PH.