Gambar hiasan

MANILA – Filipina melaporkan 4,963 kes baharu jangkitan koronavirus hari ini.

Ia merupakan lonjakan tertinggi kes harian yang pernah direkodkan.

Dalam satu buletin, kementerian kesihatan memberitahu, jumlah keseluruhan jangkitan mencecah 98,232 manakala jumlah korban meningkat sebanyak 17 kes menjadikannya 2,039.

Di rantau Asia Tenggara, Filipina mencatatkan negara kedua tertinggi kes positif dan kematian akibat Covid-19 selepas Indonesia.- Agensi