Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brig Jen (B) Mohamed Arshad Raji.
Mohamed Arshad Raji

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini meminta ahli politik Sabah agar menghentikan amalan lompat parti dan memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang melanda negeri itu.

Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan berkata, ahll politik Sabah seharusnya berusaha untuk menaikkan taraf sosioekonomi rakyat Sabah.

Menurut beliau, walaupun Sabah kaya dengan khazanah alam semula jadi dan biodiversiti, namun negeri berkenaan masih antara kawasan yang mundur di Malaysia.

“Selama berdekad lamanya Sabah juga menghadapi masalah isu migran. Isu yang nampaknya tiada berkesudahan ini turut menyebabkan masalah sosioekonomi dan keselamatan yang serius di Sabah,” katanya.

Pada hari Khamis, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sekali gus memberi laluan kepada raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sehari sebelumnya (29 Julai), bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. – Bernama

4 Komen

  1. Hahaha..Dia ni masa pemimpin politik lompat dri UMNO ke warisan xmnyalak pn…Alih2 sekarang pandai pulak mnyalak…

Comments are closed.