SAN FRANCISCO – Twitter menggantung secara tetap akaun bekas pemimpin kumpulan Ku Klux Klan (KKK), David Duke ketika syarikaT media sosial itu cuba membendung penyebaran kandungan berunsur kebencian dalam lamannya.
Di bawah polisi peri laku kebencian Twitter, sebarang ancaman serangan secara langsung ke atas individu yang berasaskan agama, kaum atau etnik dilarang dalam lamannya.
Sejak sekian lama Twitter berada dalam tekanan untuk membersihkan kandungan yang mengandungi unsur kebencian dalam platformnya dan melakukan saringan bagi mengawal maklumat tidak tepat khususnya semasa penularan wabak Covid-19.
Kumpulan KKK merupakan kumpulan rasis kulit putih di Amerika Syarikat yang diasaskan di selatan negara itu diikuti Perang Saudara.
Selain daripada anti kulit gelap, KKK adalah kumpulan anti semitik dan anti imigran. – Agensi