Seorang pesakit meninggalkan Hospital Juarez di Mexico City Mexico. foto Reuters

MEXICO CITY – Mexico merekodkan lonjakan jangkitan Covid-19 lebih daripada 9,000 kes sehari buat kali pertama pada hari Sabtu.

Kementerian Kesihatan Mexico melaporkan 9,556 kes baharu koronavirus, meningkat melepasi rekod 8,458 yang direkodkan pada hari Jumaat.

Kementerian itu berkata, sebanyak 784 kes kematian tambahan.

Ia menjadikan jumlah korban keseluruhan di negara ini kepada 434,193 kes dan 47,472 kematian.

Angka baharu ini selepas Mexico melepasi kes Covid-19 di Britain yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam merekodkan angka kematian disebabkan pandemik koronavirus.

Mexico telah bergelut dalam menangani virus tersebut dan sejak akhir Mei lalu ia telah berusaha untuk memulihkan ekonom selepas pertumbuhan ekonomi mengucup pada suku kedua lebih daripada 17%.

Kerajaan Mexico percaya jumlah sebenar individu yang dijangkiti Covid-19 mungkin jauh lebih tinggi daripada kes yang disahkan. – MalaysiaGazette