Pelta kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK), Dun N.58 Slim

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan memberi laluan kepada kem Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim di Perak untuk mengelakkan pertembungan antara calon pembangkang.

Nanyang Siang Pau melaporkan, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan antara PH dengan kem Dr. Mahathir.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, keadaan itu menonjolkan penyatuan dalam kalangan parti pembangkang dan bertujuan mengelakkan kehilangan undi disebabkan pertembungan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah memberitahu bahawa perbincangan mengenai calon di Slim perlu diadakan dengan kem Dr. Mahathir kerana kerusi itu diwakili calon Bersatu dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, UMNO dilaporkan sedang mengumpul maklumat bagi menentukan calon paling sesuai untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

PRK Slim bakal diadakan pada 29 Ogos susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Pandai3..takut kalah bagi la kat team kuda tua tu..
    Kuda mahatir dah tempang yg elok pun hanya kuda kepang..

  2. Ni betoi2 bijak. Depa dah buat risk calculation. PKR xleh letak sbb skang tgh bergolak, DAP & Amanah klu letak, sah sah kena tolak. Jd letak la Bersatu Tahi Cicak. Klu kalah, busuk nti parti Bersatu Tahi Cicak. Klu menang, ahli PH len leh tumpang sekaki buat statement rakyat masih nakkan PH.

Comments are closed.