Kes Covid-19 terus mengancam penduduk Tokyo. foto Agensi

TOKYO – Bandar raya ini mengesahkan sebanyak 292 kes tambahan jangkitan koronavirus baharu hari ini selepas naik lebih 400 kes dua hari lalu.

Gabenornya, Koike Yuriko berkata, Tokyo akan mengisytiharkan darurat jika situasi koronavirus terus merosot.

Tokyo kini sedang bergelut bagaimana untuk mengatasi kenaikan kes jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette