KUALA LUMPUR – Victoria mengumumkan darurat dan melaksanakan perintah berkurung di ibu negerinya, Melbourne.

Langkah itu bagi menangani lonjakan kes Covid-19.

Melbourne bandar kedua terbesar Australia telah melaksanakan semula perintah duduk di rumah selepas bergelut dengan rekod kes jangkitan Covid-19 minggu lalu.

Pada hari ini, Victoria melaporkan sebanyak 671 kes jangkitan – antara tertinggi dengan tujuh kes kematian.

Perintah baharu ini dikuatkuasakan dalam tempoh enam minggu.

”Undang-undang terkini akan menangani ribuan dan ribuan kes setiap hari dan ribuan pesakit di tempat di hospital dan lebih banyak tragedi.

”Tetapi langkah ini masih belum mencukupi,” kata pemerintahnya, Daniel Andrews.

Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 5 pagi setiap hari bermula hari ini.

Mereka dilarang keluar rumah kecuali ke tempat kerja dan urusan penting sahaja. – MalaysiaGazette