Rodrigo Duterte. foto Al-Jazeera

MANILA – Filipina akan melaksanakan sekatan pergerakan semula yang lebih ketat di sekitar ibu negara mulai hari Selasa selepas jangkitan Covid-19 meningkat lebih 100,000 kes.

Presiden Rodrigo Duterte telah meluluskan penempatan Metro Manila dan wilayah-wilayah berdekatan seperti Laguna, Cavite, Rizal dan Bulacan di bawah apa yang disebut sebagai “Kuarantin Komuniti yang Dipertingkatkan (MECQ) hingga 18 Ogos, kata jurucakap, Harry Roque kepada wartawan.

Beberapa perniagaan dan pengangkutan awam dijangka ditutup di ibu kota, yang kini berada di bawah klasifikasi Kuarantin Komuniti Umum yang kurang diperketatkan.

Kerajaan juga memperkenalkan pas perjalanan kerja dan kuarantin dalam usaha menyekat pergerakan.

Langkah itu dilaksanakan oleh Duterte selepas 80 kumpulan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat meminta kawalan ketat dilaksanakan semula.

Menurut mereka, Filipina tidak melaksanakan kawalan menangani koronavirus dengan langkah-langkah lebih ketat.

“Kami dengar apa kata anda. Jangan berhenti mengharap. Kami tahu anda penat,” kata Duterte.

Filipina menyaksikan sebanyak 5,032 kes jangkitan tambahan pada hari Jumaat, kenaikan sehari paling tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 103, 185 kes.

Manakala jumlah kematian bertambah sebanyak 20 kes kepada 2,059.

Filipina merupakan negara kedua jangkitan dan kematian tertinggi Covid-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast