Asap tebal di kawasan timur Los Angeles akibat kebakaran hutan. foto Agensi

CALIFORNIA – Anggota bomba California sedang bergelut untuk memadamkan kebakaran besar-besaran yang menyebabkan ribuan penduduk di timur Los Angeles dipindahkan.

Lebih 1,300 anggota bomba yang dibantu dengan pesawat dan helikopter yang membawa air bertungkus-lumus memadam kebakaran besar yang bermula sejak Jumaat lalu.

Sebahagian kebakaran berlaku di lereng bukit yang curam sehingga menyukarkan jentera masuk masuk.

Kira-kira 7,800 penduduk telah diminta mengosongkan mengosongkan kawasan itu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan asap tebal bergerak ke Phoenix, Arizona – hampir 300 batu dari lokasi kejadian.

Kebakaran itu bermula di Lembah Cherry, lokasi yang berhampiran dengan bandar Beaumont, merebak sehingga membabitkan kawasan seluas 20,516 ekar, Jabatan Perhutanan San Bernadino.

Kebakaran itu merebak dengan mudah disebabkan cuaca panas, kelembapan rendah dan tumbuh-tumbuhan kering. – MalaysiaGazette