China

BEIJING – China tidak akan menerima “kecurian” syarikat teknologi miliknya oleh Amerika Syarikat (AS) dan akan bertindak balas terhadap tindakan Washington yang mendorong ByteDance menjual aplikasi video pendek TikTok di AS kepada Microsoft, kata akhbar China Daily.

“Tindakan membuli syarikat teknologi China adalah akibat daripada visi Washington “utamakan rakyat Amerika” dan menyebabkan China tidak ada pilihan selain “menyerah atau pertempuran dalam dunia teknologi”, kata pengarang akhar itu.

China mempunyai “banyak cara untuk bertindak balas sekiranya pihak pentadbiran melakukan kehancuran dan rampasan yang dirancang”, tambahnya.

Microsoft Corp mengatakan pada hari Isnin bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan ByteDance untuk membeli beberapa bahagian TikTok setelah Presiden Donald Trump menukar rancangan untuk melarang aplikasi tersebut atas alasan keselamatan nasional dan memberi masa selama 45 hari kepada syarikat itu untuk melakukan urus niaga.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo memaklumkan pada hujung minggu lalu bahawa Trump akan mengambil tindakan terhadap syarikat perisian China yang berkongsi data pengguna dengan Kerajaan China.

Akhbar Global Times, yang menyokong Kerajaan China menyifatkan tindakan ke atas ByteDance dan Huawei Technologies AS, yang kini dalam senarai hitam dalam perdagangan AS menunjukkan usaha AS untuk memisahkan ekonominya dari China.

Beijing mempunyai “kemampuan terhad” untuk memberika dengan membalas dendam terhadap syarikat AS kerana Washington mempunyai kelebihan dan pengaruh teknologi dengan sekutunya, tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast