Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menggeledah tiga lokasi berasingan di ibu negara melibatkan stesen penyiaran Al Jazeera, Astro dan UnifiTV berhubung siasatan kes dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown 101 East.

Video tersebut diterbitkan oleh Al Jazeera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,  Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman telah memperoleh waran geledah dari Mahkamah Kuala Lumpur dan Mahkamah Majistret Sepang untuk penggeledahan di tiga lokasi berasingan itu.

“Tindakan pelaksanaan waran geledah ini dilakukan bersama-sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang turut membuka kertas siasatan ke atas stesen penyiaran tersebut,” katanya dalam kenyataan berkaitan serbuan itu malam ini.

Tambah beliau, dalam serbuan itu, polis turut merampas komputer dan kesemua rampasan akan dihantar ke SKMM untuk analisa lanjut.

“Keterangan saksi-saksi lain turut diambil ketika serbuan geledah dilaksanakan di ketiga-tiga premis itu.

“Tindakan itu dilaksanakan bagi membantu siasatan lanjut dalam kes tersebut dan hasil dapatan siasatan berkenaan akan diangkat kepada pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang.

“Tiada individu ataupun entiti yang akan terlepas daripada sebarang tindakan jika mereka mencabuli undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia,” tegas Huzir.-MalaysiaGazette

 

Bukit Aman sahkan serbuan di pejabat Al Jazeera

 

Kakitangan Al Jazeera disiasat 6 jam di Bukit Aman

3 Komen

  1. Lepas ni harap pemberita luar pakai otak sama sblm terbit artikel. Jgn ingat nak ligan glamour dan rating saja. Last last sakit boleh, malu pun boleh!

  2. Terbaik lh..bgus..jgn bagi muka pada wantawan n pyiar2 ni..dgn guna kn kebebasan media utk mjatuhkan n mburukkan sesebuah ngra..kmi ank muda sokong undang2 ketat terhadap peyiaran2 yg tidak ikut lunas undang2 ngra.sybas pdrn, skmm.

Comments are closed.