Juventus meraih gelaran kesembilan berturut-turut Serie A pada musim ini. Foto ESPN.

ITALI – Musim baharu liga bola sepak Itali, Serie A akan bermula pada 19 September ini  iaitu seminggu lebih awal daripada perancangan sebelum ini.

Serie A dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan dibuat atas kesepakatan kelab-kelab yang bertanding.

Jelas liga itu, semua kelab dalam pertemuannya komited untuk meneruskan perlawanan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Sementara itu, Juventus meraih gelaran kesembilan berturut-turut Serie A pada 27 Julai llau selepas menang 2-0 mengatasi Sampdoria walaupun berbaki dua perlawanan.   – MalaysiaGazette