KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta maaf kerana menghisap vape di dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Saya minta maaf. Saya tidak perasan, ini adalah habit baharu.

“Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” katanya semasa membalas satu ciapan yang disertakan bersama video beliau sedang menghisap vape.

Ahli Parlimen Semberong itu “terkantoi” sedang menghisap vape sambil memakai pelitup muka ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Perbuatan beliau itu dirakam dalam sebuah video berdurasi sembilan saat dan tular hari ini.

Meskipun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak namun ramai juga yang memuji keberanian Hishamuddin untuk mengaku salah serta segera memohon maaf.- MalaysiaGazette