abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diseru supaya tidak melengah-lengahkan siasatan dan perbicaraan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada November 2018.

Malah, kerajaan turut diminta agar tidak menukar pertuduhan membunuh terhadap 12 suspek utama dalam kes
itu, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Ini kerana keputusan inkues menunjukkan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah.

“Sepanjang prosiding inkues bermula Februari 2019, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar serta bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

“Allahyarham Muhammad Adib merupakan seorang kakitangan kerajaan yang berkorban nyawa dalam melaksanakan tugasnya dalam menyelamatkan nyawa orang lain.

“Beliau bukanlah seorang ahli politik, bukan seorang bekas menteri atau bukan seorang pemimpin mana-mana organisasi yang mempunyai pengikut yang ramai. Maka, tidak hairanlah, kes beliau kian dipandang sepi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Shahir, Seksyen 143 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi mereka yang terlibat dalam sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, di mana pesalah hanya dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau keduanya sekali.

Shahir Adnan

Hukuman itu katanya, tidak setimpal dengan kematian Allahyarham Muhammad Adib dan seakan-akan menghina keluarga beliau serta keseluruhan anggota penjawat awam.

“DPIM menggesa kerajaan Perikatan Nasional untuk lebih prihatin dan peka akan implikasi memulakan semula inkues ini dan menukar tuduhan suspek terbabit.

“Keadaan ini pasti meranapkan sisa-sisa harapan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat Allahyarham Muhammad Adib,” tegasnya. – MalaysiaGazette