Faiz Fadzil

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) minta Peguam Negara memberi penjelasan berhubung cadangan siasatan semula kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Ahli Jawatankuasa pimpinan parti itu, Muhammad Faiz Fadzil berkata, siasatan di bawah seksyen itu sebagaimana dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, adalah berkaitan menyertai perhimpunan haram.

Kata beliau, penjelasan itu telah menimbulkan kegelisahan rakyat berhubung kes tersebut yang telah dijanjikan keadilan dalam pembelaan kematian Muhammad Adib oleh pihak kerajaan.

“Justeru, satu penjelasan kepada pihak awam oleh Peguam Negara amat penting bagi menghuraikan kegelisahan rakyat berhubung kes ini yang telah dijanjikan keadilan dalam pembelaan kematian Adib oleh pihak kerajaan.

“Jawapan menteri bahawa 12 suspek dalam kes itu hanya disyorkan didakwa di bawah seksyen berkenaan yang hanya membawa hukuman enam bulan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan perhimpunan awam, amat mengejutkan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Di Parlimen Selasa lalu, Hamzah dilaporkan berkata, kertas siasatan kes kematian Muhammad Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu, dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian anggota bomba itu pada 17 Disember 2018, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Hamzah ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain yang turut dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.

Muhammad Faiz yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata, kes itu melibatkan kematian seorang penjawat awam yang menjalankan tugas negara ketika kejadian.

Bagaimanapun, ujarnya, keadilan bagi arwah belum terbela, di mana masih tiada individu yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan di bawah Seksyen 143 itu hanya melibatkan kesalahan perhimpunan awam yang tiada kaitan dengan kematian Muhammad Adib, di mana elemen pertuduhan hanya melibatkan perhimpunan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berharap, Peguam Negara dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan rakyat bahawa prosiding inkues perlu dijalankan semula, sedangkan inkues pertama telah diputuskan punca kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah dua individu atau lebih.

“Seharusnya, polis menyiasat siapakah yang menyebabkan kematian Muhammad Adib untuk didakwa di mahkamah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. hahahhaha..
    skrg baru keluar muka2 xguna yg hanya nak dapatkan publisiti murahan,
    al maklumlah sebelum nie TULI,BISU,SIBUK nak jaga bos besar,kan???
    mmg betul keadilan buat Arwah wajib dituntut dan ditunaikan,
    tapi mana ko pegi masa ko jadi sebahagian daripada kerajaan???
    knp baru skrg nak tunjuk kesungguhan ko???
    nak tunjuk kat org ramai yg ko bagus la kononnya??
    hahahhahhahaha….
    KELAKOR

  2. haaaa ni si bangang ni..masa ni tetiba jer ko nak jadi hero..sebelum ni ko yg jilat si Tommy Thomas lepaskan pembunuh Adib…sial punya manusia ni

Comments are closed.