PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pukul 8.35 pagi ini.

Kenderaan Proton X70 coklat yang membawa Setiausaha Agung DAP itu diiringi kenderaan lain termasuk satu kereta peronda polis, empat kereta lain dan dua motosikal pengiring.

Petugas media telah menunggu sejak pukul 7 pagi tadi bagi merakam pergerakan keluar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Semalam, SPRM mengesahkan telah menahan Guan Eng malam tadi.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan didakwa pagi ini di Mahkamah Khas Rasuah Komplek Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur berhubung skandal terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Sebelum itu, Guan Eng dilihat hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 malam tadi. MalaysiaGazette