LONDON – Norwich City tidak melayan bidaan Liverpool bagi mendapatkan pemain bek kiri, Jamal Lewis pada harga 10 juta pound (RM55.03 juta).
BBC Sport mendakwa The Canaries hanya akan mempertimbangkan nilai lebih tinggi daripada tawaran The Reds.
Ketika ini, pemain Ireland Utara yang berusia 22 tahun itu memiliki kontrak sehingga 2023
Sebelum ini, Jurgen Klopp begitu berminat Lewis sebagai pelapis kepada Andy Robertson.
Liverpool di bawah bimbingan Klopp merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini selepas menanti selama 30 tahun. – MalaysiaGazette