Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkenaan penubuhan parti baharu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pertuduhan rasuah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah bertujuan politik.

Katanya, beliau berfikiran begitu memandang kepada pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan itu.

“Kita cenderung untuk berfikir begitu (bermotif politik),” katanya dalam sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir berharap agar Guan Eng akan dilayan dengan adil.

“Dia sedang didakwa. Dia bukan dia diadili dan tidak didapati bersalah. Perlakuan orang sama untuk semua orang. Diskriminasi seperti itu tidak dibenarkan”, katanya lagi.

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu diikat jamin RM1 juta.

Hakim Azura Alwi memerintahkan beliau membayar RM500,000 pada hari ini dan bakinya pada Isnin minggu hadapan.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk meminta upah 10% daripada keuntungan projek jalan dan terowong di negeri itu daripada pengarah kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Ye ke. Pertuduhan terhadap najib zahid dll tu apa pulak. Tak bermotif politik ke.. bukan kau ke yang ada kepentingan dalam semua ni. Kami doakan kau ajan didakwa juga atas perbuatan kau tu nanti.

Comments are closed.