Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas di Kota kinabalu pada 17 Ogos ini bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah.

Setiausahanya, Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas yang akan membincangkan urusan pilihan raya umum bagi DUN Sabah itu akan dipengerusikan oleh Timbaan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom.

“Mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting urusan pilihan raya seperti Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan dan persiapan-prsiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan oleh Azmi Sharom (pengumuman tarikh PRN Sabah) sejurus selepas Mesyuarat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette