SPRM Tahan “Isteri Guan Eng” | EDISI MG 8mlm – 7 Ogos 2020

Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Butterworth di sini, Selasa ini.

Peguamnya, Lee Khai mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, petang tadi. SPRM menahan isteri bekas Menteri Kewangan itu pada jam 10.45 pagi, selepas hadir ke pejabat SPRM di sini.

Beliau membayar ikat jamin RM50,000 dan meninggalkan pejabat SPRM kira-kira jam 4.30 petang.