Mohamad Shafiri (duduk, tengah) bersama barisan kepimpinan Bersatu Petaling Jaya mengumumkan keluar parti itu malam ini.

PETALING JAYA – Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram dan ADUN Klang mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) petang tadi, Ketua Bahagian Petaling Jaya, Mohamad Shafiri Abd Karim bersama 500 ahli turut bertindak keluar parti itu.

Dalam satu pertemuan malam ini, mereka membuat keputusan keluar beramai-ramai dan membubarkan empat cawangan dalam bahagian itu serta menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kami menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti Bersatu Petaling Jaya kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

“Kami juga sepakat menyokong perjuangan Tun Dr. Mahathir dan menyertai parti baharu yang akan dibentuk selepas ini,” katanya kepada media di sini, malam ini.

Tindakannya itu menjadikan tiga bahagian Bersatu di Selangor yang dibubarkan selepas Jeram dan Klang petang tadi.

Artikel berkaitan: TERKINI : 80% BERSATU Selangor Keluar Parti Bersatu – Shaid Rosli

Menurut Mohamad Shafiri, beliau percaya langkah itu akan diikuti beberapa bahagian lain di Selangor yang mendapat kembali platform untuk bergerak.

Beliau yang memenangi jawatan itu Februari lalu berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan mereka berjuang dalam wadah baru bersama bekas pemimpin yang disahkan pemecatan mereka dari Bersatu sebelum ini.

Artikel berkaitan: KECOH!!! Gelombang Keluar Parti Bersatu | EDISI MG 8mlm – 8 Ogos 2020

Dijangkakan dua lagi bahagian Bersatu iaitu Kota Raja dan Bangi akan membuat pengumuman sama petang esok. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bubar kan jer bersatu , PM TSMY join umno semula… berapa kerat jer bersatu yg jadi mp… pru 15 benamkan terus bersatu. Hidup maufakat nasional

  2. Soalan mudah je.
    Nak kekal kan ke gelaran pengkhianat tu hingga liang lahat..
    Khianat @ tu sama fasiq.. tgna

  3. Orang yg ikut atuk tu mmg la jenis ada otak tapi tak berakal. Sibuk kutuk DSN itu inii tapi apa yg atuk buat mEmbuta tuli Ikut. Tak nampak lagi ke yang atuk cuma nak selamatkan anak beranak dengan kroni dia je. Tubuh parti baru pun anak dia presiden, dari situ pun dah nampak yang atuk nak bodohkan pengikut dia je.

  4. shafiri ini isteri dia kerja bank negara nama Ogy, guna fasiliti untuk beli rumah tapi kutuk kerajaan kaw2! dia kerja untuk syarikat cina nama keyline dan teamware, dia proxy untuk cina dapatkan projek jkr. banyak kes pecah amanah budak ini. rupanya penyamun kualiti ketua bersatu pj ni!

  5. Bubar lah ingat kita orang heran. Pegi lah ikut orang tua kutuk tu. Dia ada duit berbillion. Boleh jadi proxy.

Comments are closed.