KUALA LUMPUR – DAP melancarkan kempen sumbangan RM10 untuk mengumpul dana buat bayaran ikat jamin Lim Guan Eng.

Melalui laman sosial DAP, parti itu mengadakan kempen tersebut selama seminggu.

“Kami melancarkan kempen sumbangan RM10 selama seminggu untuk membayar ikat jamin Lim dan membayar semula wang yang kami pinjam.

”Kami percaya bahawa rakyat Malaysia akan bersama-sama untuk memastikan keadilan berlaku. Sumbang RM10 kepada: “DAP Malaysia” @ Public Bank 3063828309. Sila ‘Kongsi’!,” katanya.

DAP berkata, pihak pendakwaan telah meminta wang jaminan RM2 juta dan mahkamah telah memutuskan bayaran sebanyak RM1 juta.

”Kami telah membayar RM500,000 dengan wang yang dipinjam daripada penyokong dan perlu membayar RM500,000 lagi kepada mahkamah pada hari Isnin. Lim menghadapi 2 tuduhan lagi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada hari Isnin dan Selasa minggu depan,” tambahnya.

Menurut DAP lagi, sekiranya sumbangan itu ada lebihan, bakinya akan digunakan untuk Pilihan Raya Umum bagi memerangi kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia yang memilih perubahan pada tahun 2018. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. …nak tanya;
    ….masa beli banglow tu pakai duit sapa erk!???

    Mohon pencerahan dari mana2 ahli dap.

  2. Mmpus ko lh tdor lokap ke apa..harap rakyat mlysia yg bermaruah n haram bg derma kpd dap kafir harbi…org islam haram bg derma kpd dap kafir harbi..dap itu lh yg hncurkan islam..biar dia mmpus lh..laktak dia lh ..

  3. Fuuyoo tambah cantik script dari Lim Guan Eng and the gang. Nak tahu sapa yang sokong penyamun Ni..

  4. Bodoh lah sape yang derma. Dia songlap rasuah bebillion kenapa kita kena tanggung.

  5. Masa PH jadi kerajaan pendapatan dia yang paling tinggi, setakat 1 juta tak akan tiada duit.

  6. Akaun bank nya dibekukan kot?..klu tdk, 1 juta tu celah gigi je..barisan peguamnya pun org Dap jgak, takkn nak minta bayar..belanja mkn udang galah dgn patin gulai tempoyak pun boleh je..

Comments are closed.