Bekas Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng semasa hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Mahkamah Butterworth, Pulang Pinang. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini bersama kesemua ahli keluarganya.

Beliau tiba kira-kira pukulĀ  8.50 pagi menaiki sebuah kenderaan X70 berwarna coklat metalik bercermin gelap dan sempat melambai kepada para penyokong dalam kira-kira 50 orang di luar pintu masuk mahkamah.

Selain Guan Eng, yang turut sama termasuklah bapanya juga veteran DAP, Lim Kit Siang, isterinya, Betty Chew dan anak lelakinya, Marcus Lim.

Turut kelihatan ialah ibu Guan Eng yang hadir bertongkat selain ahli keluarga lain seperti adik perempuannya, Lim Hui Ying.

Barisan peguam beliau juga wakil rakyat DAP seperti Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh dan RSN Rayer juga turut bersama-samanya.

Pas terhad untuk pengamal media menyebabkan rata-rata terpaksa menunggu di luar.

MalaysiaGazette difahamkan Guan Eng akan didakwa tuduhan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.