Bekas Ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng semasa hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Mahkamah Butterworth, Pulang Pinang. foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2020.

BUTTERWORTH- Hakim Mahkamah Sesyen di sini membenarkan kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membabitkan projek terowon dasar laut dilaksanakan bersama kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Gabungan kes berkenaan bermakna Ahli Parlimen Bagan itu tidak perlu lagi membayar wang jaminan hari ini kerana ia dikira sekali dengan kes yang didakwa terdahulu.

Sebelum itu, beliau dijamin sebanyak RM1 juta dan dua orang penjamin dan pasport antarabangsa serta pasport diplomatik diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kedua-dua kes iaitu yang pertama, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus dan hari ini jumlah suapan RM3.3 juta telah digabung.

Kes itu  juga telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan sebutan kes pada 9 September ini. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.