The Johor Police has got the Red Notice approval to get assistance from the Interpol to trace the position of Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee and his wife, Niu Zhe, who is a Chinese national Johor Police Chief Ayob Khan Mydin Pitchay
Johor Police Chief Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

KUALA LUMPUR – Polis Johor mengesan kegiatan sebuah syarikat perkhidmatan konsultan keselamatan tidak berdaftar bertindak sebagai agen bagi permohonan lesen senjata api dan peluru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, syarikat itu yang mengguna nama Laksamana Group Malaysia bergiat secara haram dan tidak mendaftar dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Syarikat yang kita berjaya kesan ini dipercayai menawarkan perkhidmatan konsultan bagi permohonan lesen senjata api dan peluru.

“Sedangkan, polis johor tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau agen yang menawarkan perkhidmatan itu untuk tujuan permohonan senjata api dan peluru,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Ayob, setiap permohonan perlu dibuat di balai polis dengan mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan, dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam tidak terpedaya dengan penipuan itu dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran dari mana-mana konsultan untuk tujuan permohonan senjata api dan peluru.

Sekiranya orang awam mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254 074. – MalaysiaGazette