LONDON – Kes koronavirus global meningkat kepada 20 juta pada hari Isnin, menurut data Reuters, dengan Amerika Syarikat, Brazil dan India menyumbang lebih dari separuh daripada semua jangkitan yang diketahui.

Penyakit pernafasan telah menjangkiti sekurang-kurangnya empat kali ganda jumlah orang yang diserang penyakit influenza setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Angka kematian akibat Covid-19 sudah melebihi 728,000 daripada angka kematian tahunan tertinggi akibat selesema.

Reuters berkata, berdasarkan daripada laporan menunjukkan penyakit itu semakin cepat merebak.

Ia mengambil masa hampir enam bulan untuk mencapai 10 juta kes setelah jangkitan pertama dilaporkan di Wuhan, China, pada awal Januari.

Dan, hanya mengambil masa 43 hari untuk menggandakan jumlah itu menjadi 20 juta.

Pakar-pakar percaya data rasmi kemungkinan menjangkiti kedua-dua jangkitan dan kematian, terutama di negara-negara dengan kemampuan ujian saringan yang terhad.

Amerika Syarikat merekodkan sekitar 5 juta kes jangkitan, Brazil 3 juta dan India 2 juta.

Manakala Rusia dan Afrika Selatan berada dalam 10 negara teratas.

Pandemik Covid-19 semakin menular pantas di Amerika Latin yang mewakili hampir 28% dalam kes-kes dunia dan lebih daripada 30% kematian.

Dengan gelombang virus pertama yang belum memuncak di beberapa negara dan kebangkitan kes di negara lain, kerajaan-kerajaan masih mempunyai perbezaan pandangan terhadap pandemik.

Ada beberapa negara memperkenalkan semula langkah-langkah kesihatan awam yang ketat, sementara yang lain terus melonggarkan sekatan.

Pakar kesihatan menjangkakan dilema mengenai bagaimana meneruskan kehidupan sekolah, pekerjaan dan sosial – dan sekatan akan terus berubah-ubah – sehingga vaksin tersedia. – MalaysiaGazette