Ahli perniagaan, Phang Li Koon (tengah) hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Butterworth, Pulang Pinang. foto HAZROL ZAINAL, 11 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini membayar wang jaminan RM50,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Azhari Abdul Hamid juga menetapkan sebutan kes tersebut pada 16 Oktober di mahkamah yang sama.

Selain itu, Li Koon serta Betty juga tidak perlu menyerahkan pasport antrabangsa mereka kepada mahkamah. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Phang, Betty mengaku tak bersalah tuduhan rasuah