LONDON – Roll Royce akan melakukan pemeriksaan tambahan pada beberapa enjin Trent XWB selepas pembuat enjin pesawat  itu menemui beberapa rekahan.

Rolls-Royce akan memastikan para pelabur dan pelanggannya bahawa isu yang timbul daripada beberapa enjin XWB, yang digunakan pesawat Airbus, A350, tidak akan menyebabkan gangguan syarikat penerbangan atau kos material.

Sumber yang arif tentang perkara tersebut berkata, kos ke atas Rolls-Royce berjumlah pertengahan puluhan juta pound.

Jumlah itu adalah kurang daripada jumlah yang ditanggung berikutan masalah bilah turbin untuk enjin Trent 1000 yang digunakan pesawat Boeing, B787 yang dijangka sebanyak £2.4 bilion (AS3.1 bilion) bagi mengatasi masalah tersebut pada 2017 hingga 2023.

Kos bagi menyelasaikan masalah tersebut dilakukan ketika syarikat itu mengalami tekanan kewangan berikutan penuaran wabak koronavirus.

Syarikat melihat kepada alternatif untuk memperkukuhkan imbangan kira-kira selepas pesawat berhenti beroperasi yang menyebabkan pengurangan perolehan, lapor Reuters.

Rolls-Royce berkata, penggunaan enjin Trent XWB-84 hingga haus akan tertakluk kepada Arahan Kelayakan Untuk Terbang daripada pengawal selia EASA (Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah) yang dijangka diterbitkan esok.

Syarikat itu tidak mengeluarkan kenyataan bagi menangani ‘potensi spekulasi’.

Rolls-Royce berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati terdapat satu atau dua bilah Pemampat Tekanan Pertengahan yang haus pada enjin XWB dengan jumlah yang kecil yang telah beroperasi empat atau lima tahun.

Syarikat itu berkata, terdapat 100 buah enjin mengalami masalah seperti itu.

Tiada sebarang enjin mengalami sebarang operasi penerbangan tidak normal dan isu tersebut tidak dialami pada enjin yang dihasilkan selepas itu. – Agensi