Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

KUALA LUMPUR – Pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai pendedahan beberapa pucuk surat diminitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka membatalkan pembekuan akaun milik seorang ahli perniagaan pada tahun 2018 mengejutkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Dalam satu kenyataan, Shukri menafikan dakwaan itu.

“Saya sentiasa menjaga integriti saya. Dalam mana-mana siasatan saya tak akan patuh dengan mana-mana arahan termasuk menteri atau Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shukri yang memimpin SPRM pada Mei 2018 hingga Mei 2019 itu berkata, beliau juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk berbuat demikian.

“Saya tak pernah keluarkan arahan pada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan. Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ianya bukan arahan saya.

“Dalam siasatan saya hanya akur dengan arahan Timbalan Pendakwa Raya sahaja bukannya arahan dari pihak-pihak yang tidak berkaitan,” jelas beliau lagi.

Ia selepas pendedahan Takiyuddin yang berkata, kes berkenaan membabitkan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Lim Soon Ping yang terlibat dengan kes penggubahan wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM4 juta.

Berikutan itu ahli perniagaan berkenaan meminta peguamnya menulis surat representasi bertarikh 10 Oktober 2018 kepada Mohd Shukri yang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, untuk melepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikatnya secepat mungkin.

“Apa yang berlaku Yang Berhormat surat kepada SPRM ini telah diminta untuk diminitkan oleh siapa?…. Oleh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketujuh (Dr Mahathir) pada masa itu. Perdana Menteri ketujuh menyata dalam surat representasi… Yang Berhormat saya percaya dalam surat representasi Ahli Parlimen Sepang kepada pelanggannya tiada orang minit begini.

“Minit berkenaan berbunyi saya berpendapat penyelewengan oleh bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan kepada Tan Sri Lim… inilah minit… Oleh itu segala pembekuan akaun peribadi dan syarikatnya tidak boleh dikekalkan…sign 5 Disember 2018… Perdana Menteri Malaysia ‘cop’.

“Apa yang berlaku kepada surat ini… surat peguam kepada Tan Sri Lim Soon Ping kepada dialamatkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang diminitkan oleh Perdana Menteri dan diminitkan sekali oleh Menteri Kewangan pada masa itu Yang Berhormat Bagan, Lim Guan Eng.

“Minit berkenaan berbunyi Yang Berhormat AG; “Please lift the freeze of account as requested by YAB Perdana Menteri bertarikh 19 Februari 2019. Ini adalah minit dibuat ke atas surat seorang peguam Tan Sri Lim Soon Ping, seorang dituduh melakukan kesalahan ini,” dedah Takiyuddin.

Pendedahan itu dibuat Takiyuddin ketika berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Takiyuddin dakwa ada surat arah batal pembekuan aset taikun hartanah

6 Komen

  1. Kalau anda betul, maka ada tangan-tangan yang telah menyalahkan guna kuasa untuk lari dari tindakan undang-undang. Harap dia bawa kes ke mahkamah untuk membersihkan nama beliau.

Comments are closed.