Pesawat B737 MAX yang masih digantung operasinya selepas dua nahas membabitkannya. foto Agensi

CHICAGO – Boeing Co menerima pembatalan lebih daripada 400 tempahan untuk pesawat 737 MAX pada tahun ini, sementara penerimaan keseluruhan pesawat syarikat merosot kepada hanya empat buah pada bulan Julai lalu.

Boeing mengatakan kehilangan 43 tempahan lagi untuk pesawat 737 MAX pada bulan Julai, menjadikan jumlah pesanan yang dibatalkan, termasuk tempahan yang ditukar dari model MAX kepada yang lain kepada 416 untuk tahun ini.

Berdasarkan standard perakaunan yang lebih ketat, Boeing memaklumkan pembatalan tempahan dan penukaran daripada model MAX kini adalah sebanyak 864.

Pembatalan tempahan ini juga susulan pelaksanaan pensijilan semula untuk MAX yang masih tergantung lebih setahun lalu selepas dua insiden maut membabitkan 737 MAX.

Syarikat pesawat itu melakukan empat penghantaran – satu 767 kapal terbang untuk FedEx, satu 777 kapal terbang untuk DHL dan satu 787 Dreamliner masing-masing untuk Air France dan Turkish Airlines – turun daripada 19 buah pada tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 74 pesawat tahun ini.

Boeing melakukan penghantaran sebanyak 806 buah pesawat pada tahun 2018, sebelum nahas 737 MAX.

Pandemik Covid-19 pula menjejaskan permintaan untuk pesawat baharu Boeing.

Brokerage Jefferies menjangkakan Boeing akan melakukan penghantaran sebanyak 138 pesawat pada tahun 2020, turun daripada 380 buah pada tahun lalu.

Boeing tidak menerima sebarang tempahan baharu pada bulan Julai, sebaliknya menerima pembatalan tempatan termasuk 35 buah pesawat 737 MAX oleh AerCap dan Alafco.

Pembatalan tempahan 737 MAX juga diterima dari Canada Jetlines pada bulan lalu membabitkan lima pesawat dan dua dari Avolon dan sebuah daripada pelanggan penerbangan perniagaan. – MalaysiaGazette