TOKYO – Harga minyak meningkat lebih tinggi pada hari Rabu setelah laporan industri menunjukkan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh lebih banyak daripada yang dijangkakan.

Ia sekaligus memberi harapan bahawa permintaan bahan bakar untuk ekonomi terbesar di dunia dapat mengatasi wabak koronavirus.

Minyak mentah Brent LCOc1 naik AS$0.15 atau 0.3% kepada AS$ 44.65 setong pada 0206 GMT, setelah jatuh sekitar 1% pada hari Selasa.

Manakala minyak West Texas Intermediate naik AS$0.09 atau 0.2% kepada AS$ 41.70 setong, setelah turun 0.8% pada sesi sebelumnya.

“Harga minyak naik seiring dengan peningkatan permintaan minyak mentah,” kata Edward Moya, penganalisis pasaran kanan di OANDA.

Institut Petroleum Amerika Syarikat memaklumkan bahawa stok minyak mentah turun sebanyak 4 juta tong minggu lalu, lebih banyak daripada jangkaan penganalisis iaitu 2.9 juta tong.

Data rasmi kerajaan dijadual keluar pada hari Rabu.

Namun, ketidakpastian makin meningkat terhadap keupayaan Washington dalam rundingan untuk pakej rangsangan bagi menyokong pemulihan ekonomi akibat daripada kesan wabak Covid-19 yang mungkin akan melonjakkan harga pada masa akan datang. – MalaysiaGazette