Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP mengecam tindakan Perikatan Nasional (PN) untuk menyemak semula diskaun 18% bagi tol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang dilaksanakan kerajaan PH dan membekukan sebarang kenaikan sebagai langkah awal untuk menghapuskan lebuhraya bertol.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, kini jelas kerajaan PN mengamalkan politik balas dendam dengan merungkai segala usaha dan dasar yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan (PH) termasuk pemberian diskaun 18% untuk pengguna lebuhraya PLUS.

“Namun, dalam keghairahan mereka membalas dendam, PN lupa yang mereka sebenarnya sedang menghukum rakyat iaitu pengguna lebuhraya PLUS yang bakal menikmati penjimatan RM500 juta untuk tahun 2020 dari pengurangan tol tersebut.

“Kerajaan juga akan menjimatkan RM600 juta pada tahun 2020 kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS berikutan pembekuan kenaikkan kadar tol.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan akan mengkaji semula impak penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus kepada PLUS yang turut dikhuatiri mempengaruhi Dasar Penswastaan Negara dalam hal berkaitan tol dan lebuh raya.

Fadillah berkata, kajian itu perlu dibuat untuk melihat arah tuju kesan penurunan kadar tol itu kepada lebuh raya lain termasuk yang sedang dalam pembinaan serta yang akan dibina.

Sebelum ini, kerajaan PH mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS dilaksanakan 1 Februari ini.

Menurut Guan Eng, dasar memanfaatkan rakyat yang dilaksanakan oleh PH mungkin akan ditarik balik disebabkan politik balas dendam PN.

Katanya, tindakan itu amat tidak bertanggungjawab dan akan mengakibatkan ramai pengguna lebuh raya PLUS terjejas.

Lebuhraya PLUS terdiri daripada New Klang Valley Expressway (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson , Lebuhraya ELITE, LINKEDUA, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan kedua-dua jambatan Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Banyak perlu dilakukan kerajaan PN untuk mengesan kesalahan laksana era kuasa Lim Guan Eng dimana banyak unsur meminta rasuah dan melepaskan penjenayah profile tinggi serta membuat pinjaman Luar Negara yang membawa kemusnahan ekonomi Rakyat.
    Terbongkar kes sebegini pasti tidak berlaku andai Mahathir tidak tersalah “TERLETAK JAWATAN PM”. Banyak KES Lim Guan Eng untuk diangkut ke PDRM, SPRM Dan Mahkamah. Sabar ya uncle Lim jangan gabra.. jangan pusing2 ALASAN duduk diam-diam gemukkan badan sikit.

  2. Dendam ke,tak dendam ke lu apa mau susah..lu siap2 ajalah jawapan utk bela diri lu apek. Kalau lu tak salah, apa lu mau takut apek oii…
    Tak payah cari2 alasan & salahkan mahkamahlah, salahkan politik negaralah,salahkan org lainlah..be a gentleman la apek Lim ..

Comments are closed.