Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Kenapa persoalkan penglibatan DAP atau Lim Guan Eng dalam isu Tabung Haji (TH) sedangkan tetapi tidak pula peranan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali?

Itu persoalan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurutnya, jawatankuasa memulihkan TH ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) melibatkan tiga kementerian termasuk Kementerian Kewangan yang menteri ketika itu adalah Guan Eng.

Abdul Azeez juga menyatakan selain Guan Eng, dirinya dan Mohamed Azmin yang mewakili Kementerian Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi adalah orang muslim dan jelas ia hanya dipolitikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata demikian semasa rumusan dalam program Berani Semuka di Shah Alam malam ini yang mempertemukan beliau bersama Abdul Azeez.

Mengenai laporan kewangan TH yang didakwa tidak ada oleh Abdul Azeez, beliau menegaskan, ia tidak dapat dibentangkan kerana TH pada 2018 dalam proses pemulihan tetapi kini sudah siap dan ada pada kerajaan PN.

“Masalahnya hendak bentang atau tidak sahaja,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, menurut Mujahid, pemberian hibah yang tidak sepadan dengan keuntungan Lembaga TH menjadi antara sebab Kerajaan PH melaksanakan penstrukturan semula institusi kewangan Islam itu.

Menurutnya,  ia menjadi salah satu perkara besar yang disenaraikan dalam surat daripada Gabenor Bank Negara kepada TH sejak tahun 2015.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada tindakan drastik diambil sehingga PH mengambil alih kerajaan.

“Sejak 2015 hingga 2017, kewangan TH masih dalam keadaan tidak sihat. Sebab itu, apabila PH ambil alih, kami perkenalkan penstrukturan semula untuk selamatkan TH dengan dana RM20 bilion.

“Kita keluarkan hibah 2.5 peratus juga untuk selamatkan TH,” katanya.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Panggil la menteri agama utk beri penjelasan dan fakta. Panggil sekali pimpinan TH dan ahli panel pelaburannya.
    Fakta bukan setakat auta org politik yg berbelit2. Rakyat dh muak…
    Jgn selepas ni TH diguna pakai oleh orang politik utk talian hayat lagi….sudah2lah berpolitik.

  2. 22 bulan memerintah PH gagal keluarkan laporan kewangan Tabung Haji?

    Ini zaman pakatan hancing governance yang sangat buruk ni, mesti ada sesuatu yang nak disorokkan? Act of KHADAM’s governance agaknya?

    Apa2 pun syabas Azeez dalam pendedahan yang sangat bermanafaat ini!

  3. nak cari salah orang kadang2 kena campur fitnah untok buat fakta dan alasan. kalau tak berjaya kena campur pula kuasa

  4. Selmatkn tabung haji dgn dana 19bilion?..wang pembyr cukai?..cina kapir india kapir kadzan iban kapir cukai2 mereka digunakn utk bailout TH?..tutup saja TH ini jika org islm tak tahu mengurus kewangn..tak lma lagi th ini akn senasib dgn Bank Bumiputra ..

Comments are closed.