Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat gimik sebagai tanda mendesak Kerajaan Negeri Selangor dan MBSA berlaku adil terhadap peniaga kecil yang terlibat dalam isu perobohan di Bandar Baru Sungai Buloh Selangor di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2020.

SUNGAI BULOH – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos secara sinikal mahu Menteri Besar Selangor memberi kursus mengenali mesin judi kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Saya nak beritahu kepada MB Selangor (Datuk Amirudin Shaari) supaya memberikan juga kursus kepada penguat kuasa MBSA bagaimana rupa bentuk kedai judi ini.

“Seperti yang saya lihat semalam mereka (dalam operasi MBSA) tidak kenal rupa kedai judi,” ujarnya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di premis perniagaan di Sungai Buloh hari ini.

Jamal mempersoalkan kenapa penguat kuasa MBSA melakukan operasi turut membuat tindakan kepada premis yang tidak ada kaitan dengan premis perjudian.

“Kedai judi memang sudah wujud tapi semalam kita mengadu kedai judi dia merampas kedai mesin jahit dan oleh hal yang demikian saya membawa mesin jahit untuk beritahu mereka kenal atau tidak kedai mesin jahit atau mesin judi?” soalnya.

Jamal juga kesal dengan apa yang telah berlaku kerana peniaga kecil-kecilan baru sahaja mula mencari makan selepas empat bulan tidak dapat berbuat demikian gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa menghadapi operasi MBSA yang menyusahkan mereka.

Terdahulu Jamal yang juga Penaung Peniaga Kecil Selangor bersama ketua Badan Gabungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini melawat dan berjumpa dengan peniaga di kawasan itu selepas pihak MBSA melakukan operasi bersepadu sehingga menyebabkan ramai peniaga di kawasan kaki lima telah diberikan notis 24 jam untuk mengosongkan kawasan terbabit.

Operasi berkenaan dipercayai ada kaitan dengan isu video tular mengenai premis perjudian yang berleluasa di Sungai Buloh sehingga membawa penahanan beberapa pegawai penguat kuasa MBSA oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. MBSA nak turunkan iklan2 Ahlong haram ditaman2 perumahan dan dijalan2 raya pun mereka gagal!

    Susah sangat ke nak pakejkan kerja2 menurunkan poster2, iklan2 Ahlong haram dalam skop kerja pembersihan/memotong rumput?

    Ada yang dah kena sogok agaknya?

  2. menasabah lah weih. pegawai mbsa bukan kaki judi. mana lah mereka tahu perbezaan itu. jangan salahkan dia buat keeja. patutnya orang yang tahu tolong lah bantu.

  3. Premis yg tak ada lesen berniaga tak kira apa2 jenis perniagaan harus dimusnahkn oleh mbsa..gara2 mulut biadap asri bahlul makcik kiah pun tak dpt berniaga dah..

Comments are closed.