Pengarah Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam direman enam hari bagi membantu siasatan kes melindungi premis perniagaan haram di SUgai Buloh

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos 2020 itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Penangkapan baharu ini menjadi keseluruhan 10 individu telah ditahan SPRM bagi kes berkenaan melibat 9 pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. rasanya masa PH jadi kerajaan…semua ni terlepas dari tuduhan..Alhamdulillah kerajaan PN pegang

  2. cantik,
    kasih ajar sikit HARAMJADAH nie semua,
    xingat mati langsung,
    mengaku ISLAM,tp perangai mcm IBLIS!!
    duk tindas bangsa sendiri,cilaka sungguh perangai!

  3. PBT lain, majlis daerah lain.. bila nk chck ,?, tunggu apa lepas ni yg wat report… yg berjanggut dah dgn dia sekali kedlm.. yg bermisai, jambang, toncet, mata satu, mata jin, jin pakai toncet baru nak bertindak..

  4. Sedang menunggu2 video PBT lain….cukup power lg effective tularan video2 salahlaku pihak2 yg sepatutnya bertanggungjawab laksanakan amanah ini.

Comments are closed.