KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di selatan Jawa, Indonesia pada 3.12 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 165 kilometer barat daya dari Denpasar, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, kejadian tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette