Tan Sri Annuar Musa. foto AFFAN FAUZI, 18 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Persetujuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN) akan melengkapkan kerangka penyatuan dan perpaduan orang Melayu.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (AN), Tan Sri Annuar Musa berkata, penyatuan itu akan memungkinkan MN menjadi teras politik nasional yang stabil berasaskan kepelbagaian kaum, fahaman dan agama.

“Tolaklah perpecahan. Syukur Alhamdulillah,” katanya dalam akaun Twitter.

Pada majlis pelancaran Persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian 2020 hari ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Pimpinan Tinggi parti itu telah bersetuju menyertai Muafakat Malaysia yang disertai UMNO dan Pas sebagai sebuah gabungan besar.

Kata beliau, penyertaaan parti tersebut dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menurut Annuar, kini merupakan masa terbaik ummah disatu padukan dengan menolak politik benci dan politik pecah belah.

“Kita berpadu barulah kita memerintah, khidmat untuk semua kaum dan bangsa,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Bersatu sah sertai Muafakat Nasional