Ismail Sabri Yaakob government corruption MACC
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pelacur ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Task Force Operasi Pematuhan semalam.

Mereka antara 235 individu yang ditahan dengan 26 orang gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk dan 12 kes premis beroperasi lebih masa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut melakukan kesalahan ialah 16 individu tidak memakai pelitup muka, seorang gagal melunaskan bayaran kuarantin dan 165 lagi melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial.

Kata beliau, dari jumlah itu, 15 individu direman, manakala 220 individu lagi dikenakan kompaun.

“Sebanyak 4,824 pasukan pematuhan melibatkan 17,047 anggota telah membuat pemantauan di pasar raya, restoran, penjaja, kilang, bank dan pejabat kerajaan.

“Selain itu, pasukan ini juga turut memantau terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air dan terminal pengangkutan udara di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan harian mengenai perkembangan PKP dan Covid-19 hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setiap hari sejak PKP dilaksanakan, polis yang diberi tanggungjawab dalam operasi pematuhan telah membuat pemeriksaan secara bersepadu bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mengenai kawalan sempadan negara pula, katanya, seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) ditahan dalam operasi benteng atas kesalahan Imigresen.

Warga asing itu, jelas beliau, ditahan dalam sekatan jalan raya yang diadakan bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast