Seramai 19 orang termasuk 11 wanita yang tinggal di sebuah bangunan empat tingkat berjaya diselamatkan oleh bomba selepas bengkel motosikal di tingkat bawah terbakar dan merebak ke tingkat satu.

KUALA LUMPUR – Seramai 19 orang termasuk 11 wanita yang tinggal di sebuah bangunan empat tingkat berjaya diselamatkan oleh bomba selepas bengkel motosikal di tingkat bawah terbakar dan merebak ke tingkat satu.

Kebakaran itu berlaku di Jalan Megan Setapak, Wangsa Maju.

Komander Operasi Kanan, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 11.27 malam tadi dan mendapati 50 peratus bengkel motosikal itu telah terbakar dan api mula merebak di tingkat satu yang sudah 10 peratus terbakar.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.41 malam walaupun lima buah motosikal dan alat ganti musnah.

”Namun seramai 19 orang iaitu 8 lelaki dewasa dan 11 wanita dewasa telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang tinggal di tingkat atas bengkel motorsikal tersebut dengan menggunakan tangga jentera FRT,” katanya.

Punca kebakaran masih disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast