Pasukan Lyon meraikan kejayaan selepas mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Foto Agensi

LISBON – Kemenangan mengejut Lyon 3-1 dalam Liga Juara-Juara ke atas Manchester City membuktikan bahawa kelab Perancis itu adalah pasukan yang hebat tatkala mara ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah.

Penyerang Perancis, Moussa Dembele berkata, walaupun mengakui ia merupakan perlawanan yang sukar namun, semangat yang kental pasti membuahkan hasil membanggakan.

“Ia adalah perlawanan yang sukar menentang pasukan gergasi. Apabila anda berada di bangku simpanan ia bukan mudah tapi anda harus mengekalkan semangat dan pastikan bahawa apabila jurulatih membawa masuk anda tahu peranan di atas padang.

“Akan sentiasa ada kesedihan buat pemain apabila tidak diletakkan dalam kesebelasan utama namun perlawanan berlangsung sangat panjang dan selagi wisel penamat belum dibunyikan, harapan sentiasa ada,” kata Dembele.

Penyerang Perancis itu meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian pada 15 minit terakhir di Lisbon bagi membolehkan Lyon menyingkirkan pasukan bimbingan Pep Guardiola untuk menempah perlawanan dengan pasukan pilihan, Bayern Munich bagi memburu tempat ke final.

Aksi pagi tadi adalah yang ketiga dalam tempoh lima bulan buat Lyon selepas menamatkan saingan Ligue 1 di tempat ketujuh tatkala liga ditamatkan lebih awal berikutan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast