Nasrul Ali Hasan
Nasrul Ali Hasan

KUALA LUMPUR – Selain membanteras mesin judi di premis, pihak berkuasa juga perlu menumpukan kegiatan judi atas talian.

Ketua Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, aktiviti judi atas talian juga semakin aktif dan yang menjadi mangsa ialah anak-anak muda Melayu yang seronok dengan perjudian itu.

Kata beliau, judi atas talian tidak mempunyai premis, melainkan perlu menggunakan telefon bimbit dan talian internet untuk membuat capaian kepada permainan judi itu.

“Kita menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta polis duduk semeja untuk mengenalpasti mana-mana laman web serta aplikasi judi atas talian ini.

“Jika dapat dikesan, kedua-dua pihak mempunyai kuasa untuk membuat sekatan dan sekali gus membanterasnya,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau menjelaskan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, judi atas talian semakin menjadi-jadi dan terdapat segelintir masyarakat yang membuang masa dan wang dengan perjudian itu.

Kata Nasrul Ali Hasan, Wira Putra melihat perbuatan itu jika tidak dibendung akan merosakkan jiwa anak muda dan melahirkan lebih ramai kaki judi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast