Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Memang tidak manis wakil Armada Nasional Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di ‘boo’ oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, baru-baru ini.

Apatah lagi, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pendirian parti itu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO dan Pas.

Namun, menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, ada sebab musabab yang munasabah kenapa wakil itu wajar disorak oleh sekumpulan penyokong anak muda BN.

“Sebenarnya, mereka meluat melihat pemimpin muda Bersatu yang suka lepas cakap dan show off. Tingkah laku beberapa pemimpin muda Armada ini boleh menjejaskan imej kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Contohnya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, ketika berkempen jawatan Ketua Armada Bersatu, menjadikan UMNO sebagai “punching bag” beliau.

“Dia juga dicemuh kerana berjanji akan menggunakan jawatan disandangnya untuk membantu kawan-kawan. Itu gunanya jawatan, dakwa Wan Fayshal,” katanya kepada media, hari ini.

Sabtu lalu, pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN Perak, Ketua Armada negeri itu, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh di ‘boo’ kepada berada di pentas bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Insiden yang berlaku dua kali itu jelas menyaksikan ahli Pemuda BN yang hadir seolah tidak berpuas hati dengan sayap Bersatu itu.

Menurut Dr. Mohd Puad, begitu seorang lagi pemimpin muda Bersatu bersama Timbalan Menteri dari parti itu menaiki pesawat untuk berkempen

“Tindakan mereka ini menjatuhkan imej PN dan tidak mustahillah kalau penyokong PN meluat dan boo mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Kena boo dalam majlis BN, okey lagi. Jangan nanti rakyat yang boo,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ..boooo kepada bersatu adalah ‘signal’ bahawa kami pihak akar umbi yg betul setia dng UMNO MN tidak mahu ‘virus’ lama masuk menular kembali dlm UMNO yg kini sedia brjuang tika UMNO dlm kejatuhan!!

    Peringkat tertinggi UMNO kena peka akan hal ini.!! Kami bukan sombong…tetapi….kami tidak mahu dipatuk ular yg sama di tempat yg sama. Cukup2lah kita dihina dicaci tika umno jatuh!!

    Kami tidak mahu jadi MELAYU MUDAH LUPA!!

  2. Timbalan Menteri Sukan ni..mcm x wat keje lah.. asyik ngn parti je.. sampai meluat tgk… no wonder ko… kena Boo..

Comments are closed.