Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Ithnin

KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Nasional mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri membentangkan laporan kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 dan 2019 di Parlimen.

Cabaran itu dibuat Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin, setelah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak dapat berbuat demikian berikutan pertukaran kerajaan pada Februari lalu.

“Laporan kewangan beraudit bagi tahun 2018 dan 2019 untuk TH yang seharusnya dibentangkan oleh Dr. Mujahid, tidak menjadi kenyataan berikutan berlaku pertukaran kerajaan pada Februari 2020.

“Perkara ini telah ditegaskan oleh beliau dalam program “Berani Semuka” anjuran Sinar Harian beberapa hari lalu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Kata Shazni, sebarang proses pengauditan yang berkaitan telah diselesaikan.

Oleh itu, ujarnya, tiada sebab boleh menghalang kementerian ketika ini untuk membentangkan laporan tersebut.

“Apatah lagi jika sanggup beralasan bohong dengan mengatakan laporan tersebut masih belum siap,” katanya.

Beliau berkata, sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 5, 6, 7, 8 dan 9 Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) (Akta 240) dan Seksyen 26 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), laporan kewangan Tabung Haji yang telah diaudit perlu dibentangkan.

Tambahan pula, keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab undang-undang itu amat penting bagi pengagihan hibah kepada pendeposit TH.

Kata beliau, ini selaras dengan peruntukan Seksyen 22 (3) Akta Tabung Haji akan keperluan untuk memastikan nilai aset melebihi nilai liabiliti tahun berkenaan dan ia boleh dipastikan melalui Laporan Tahunan yang telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.

“Hal ini penting juga untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh beberapa pimpinan parti kerajaan seperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam kenyataan beliau pada 22 Julai yang lalu.

“Justeru, Pemuda Amanah mencabar agar dibentangkan Laporan Tahunan tersebut beserta segala usaha yang pernah dilakukan Dr. Mujahid oleh Menteri Agama kerajaan hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. cabar,??
    asal xnk cabar majahat??
    skrg dah xde kuasa baru nak sembang??
    bkn dah macam2 aset pemimpin ko lelong??
    ada hati nak ambil tahu pasal th lg,
    mmg penyapu betul la korg nie

  2. Tidak berberapa lama lagi RCI mungkin akan ditubuhkan(insyaallah)disitulah akan dibentangkan nantinya semasa siasatan diraja.

Comments are closed.