Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 816 orang pelajar telah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian asasi dan diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi sesi kemasukan Akademik 2020/2021 yang bermula hari ini.

Terdapat empat program utama yang ditawarkan kepada pelajar iaitu Asasi Pengurusan dan Strategi, Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, dan Asasi Perubatan.

Manakala bagi pelajar diploma pula, program yang ditawarkan untuk mereka adalah Diploma Pengurusan Logistik, Diploma Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Ketangkasan Pertahanan.

Tempoh pengajian bagi setiap program diploma adalah tiga tahun.

Pada majlis tersebut, semua pelajar yang telah melalui minggu orientasi bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 17 Ogos 2020.

Dalam majlis perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) para penuntut berkenaan melafazkan ikrar sebagai simbolik perjanjian antara pelajar dan universiti (UPNM) untuk terus menyanjung tinggi nilai dan budaya ilmu di samping menyemat semangat dan tekad untuk mengharumkan nama UPNM sepanjang tempoh pengajian. – MalaysiaGazette