Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di Parlimen. - Foto Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS di Parlimen.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional,” katanya.

Turut dimuat naik dalam catatan itu, lima keping gambar Muhyiddin bersama Abdul Hadi serta ahli Dewan Rakyat dan Senator PAS.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast